Isu dan kontroversi Heng_Seai_Kie

Pada Oktober 2012, Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kei mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggalakkan rogol ke atas wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat [1]. Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Pusat, Aiman Athirah al-Jundi kesal dengan dakwaan semberono itu. . Wanita PAS sedia menganjurkan sidang meja bulat bagi membincangkan soal aurat wanita, isu rogol dan zina dari perspektif Islam. Kemungkinan Heng tidak memahami seni bahasa Melayu (mantik) yang digunakan oleh Nik Aziz. Tuduhan Heng disokong pula oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek semasa Perhimpunan Agung MCA 2012. [2]